Tuesday, 3 April 2012

assalamualaikum....nak kongsi lg satu resepi kek coklat..kek ni kesukaan kwn kak as di sekolah lama dulu...kak faezah ibrahim...anak2 dia suka sgt mkn kek coklat cikgu as katanya...slalu hari raya kak fae akan oder pd kak as...3 biji utk anaknya 3 org...tak boleh share makan...sorang 1....sape2 nak cuba bolehla...di skolah lama smua org ada dah resepi ni tp kak as tak penah nampak hasilnya pun...hmmm....mungkin diaorg nak buat masa pencen nanti...utk cucu2...

Bahan A:

1 ketul butter
3 cwn gula kasar
3 cwn tepung kek
1 cwn koko
sedikit soda bicarbonate(agak2..klu bnyk nt pahit pulak)
Air suam 1.5 cwn

Bahan B:

Telur 3 biji

Cara-caranya:

1.  Campurkan semua bahan A di dalam mangkuk.
2.  Kacau menggunakan senduk kayu.
3.  Masukkan air suam dan kacau sebati.
4.  Tutup mangkuk selama 15 minit.
5.  Selepas 15 minit pukul dgn kelajuan sederhana selama 3 minit sambil masukkan telur sebiji demi sebiji.
6.  Alas tray 9 inci.Bakar dengan api perlahan(150) di rak bawah sehingga masak.

Nota:  Bakar agak lama...1 jam lebih slalunya. Masak apabila tidak melekat pada kayu penguji. Kek sedap dimakan keesokan harinya kerana akan lembab.

CUBA...JANGAN TAK CUBA...

No comments:

Post a Comment