Sunday, 1 April 2012

Assalamualaikum semua teman pembaca...hari ni Kak As nak kongsi 1 resepi yg mudah iaitu semperit butter.
Biskut ni Kak As belajar drpd kakak ipar kak As yang baik hati.....setiap kali hari raya mesti buat...bukan sb suka makan tapi adik beradik suka makan....biskutnya putih bersih...cantik...bunga mekar kembang..tak layu langsung...cuma kalau org tak suka susu mmg tak lalu le...apapun cuba dulu...banyak dah kak as buat...buat jual...50 biji boleh le jual rm16 di kampung...kalau di KL boleh mahal sikit kot...


SEMPERIT BUTTER

1 ketul butter
450 gm tepung jagung
susu pekat manis secukupnya
kismis hitam sebagai hiasan

Cara membuat:
* Gaul tepung dgn Butter menggunakan hujung jari.
* Tuangkan susu pekat manis sambil di ramas perlahan.
* Terus campurkan susu sehingga menjadi doh dan boleh ditekan menggunakan acuan semperit.
* Hiaskan dgn kismis hitam.
* Bakar sehingga masak anggaran 20 minit dgn suhu 170 C

Petua: Bakar di rak tengah.Kalau oven kecik ...suhu rendahkan sikit...

SELAMAT MENCUBA....


No comments:

Post a Comment