Monday, 14 May 2012

Assalamualaikum...

Kepada teman dan smua guru diucapkan Selamat Hari Guru 2012...terutama untuk guru-guru di SK.Sungai Tengar Sabak Bernam 1988, SRK Belipat Lawas 1989-1991, SK Jalan Selama Serdang Kedah dan SJKC Aik Thee, Kuala Selagor...

Terutama teman tersayang...Kak Daut ,Gariah,Kak Ros,Cikgu Jane di Lawas Sarawak. Walau kita jauh namun di hati tak pernah lupa. Smua guru di SKJS...rindunya nak sambut hari guru bersama-sama mcm dulu tak mungkin berulang lagi...utk Cikgu Faridah...i love u...untuk semua guru-guru yang pernah belajar di IBKL..untuk guru yang telah bersara Kak Dah dan suaminya...dan yang paling penting untuk  guru-guru yang pernah mengajar saya dulu...tak lupa juga untuk semua guru yang pernah mengajar saya membuat biskut dan kek....TQ

SELAMAT HARI  GURU untuk diriku dan semua guru di Malaysia...


Tuesday, 3 April 2012

assalamualaikum....nak kongsi lg satu resepi kek coklat..kek ni kesukaan kwn kak as di sekolah lama dulu...kak faezah ibrahim...anak2 dia suka sgt mkn kek coklat cikgu as katanya...slalu hari raya kak fae akan oder pd kak as...3 biji utk anaknya 3 org...tak boleh share makan...sorang 1....sape2 nak cuba bolehla...di skolah lama smua org ada dah resepi ni tp kak as tak penah nampak hasilnya pun...hmmm....mungkin diaorg nak buat masa pencen nanti...utk cucu2...

Bahan A:

1 ketul butter
3 cwn gula kasar
3 cwn tepung kek
1 cwn koko
sedikit soda bicarbonate(agak2..klu bnyk nt pahit pulak)
Air suam 1.5 cwn

Bahan B:

Telur 3 biji

Cara-caranya:

1.  Campurkan semua bahan A di dalam mangkuk.
2.  Kacau menggunakan senduk kayu.
3.  Masukkan air suam dan kacau sebati.
4.  Tutup mangkuk selama 15 minit.
5.  Selepas 15 minit pukul dgn kelajuan sederhana selama 3 minit sambil masukkan telur sebiji demi sebiji.
6.  Alas tray 9 inci.Bakar dengan api perlahan(150) di rak bawah sehingga masak.

Nota:  Bakar agak lama...1 jam lebih slalunya. Masak apabila tidak melekat pada kayu penguji. Kek sedap dimakan keesokan harinya kerana akan lembab.

CUBA...JANGAN TAK CUBA...

Sunday, 1 April 2012

Assalamualaikum semua teman pembaca...hari ni Kak As nak kongsi 1 resepi yg mudah iaitu semperit butter.
Biskut ni Kak As belajar drpd kakak ipar kak As yang baik hati.....setiap kali hari raya mesti buat...bukan sb suka makan tapi adik beradik suka makan....biskutnya putih bersih...cantik...bunga mekar kembang..tak layu langsung...cuma kalau org tak suka susu mmg tak lalu le...apapun cuba dulu...banyak dah kak as buat...buat jual...50 biji boleh le jual rm16 di kampung...kalau di KL boleh mahal sikit kot...


SEMPERIT BUTTER

1 ketul butter
450 gm tepung jagung
susu pekat manis secukupnya
kismis hitam sebagai hiasan

Cara membuat:
* Gaul tepung dgn Butter menggunakan hujung jari.
* Tuangkan susu pekat manis sambil di ramas perlahan.
* Terus campurkan susu sehingga menjadi doh dan boleh ditekan menggunakan acuan semperit.
* Hiaskan dgn kismis hitam.
* Bakar sehingga masak anggaran 20 minit dgn suhu 170 C

Petua: Bakar di rak tengah.Kalau oven kecik ...suhu rendahkan sikit...

SELAMAT MENCUBA....


Saturday, 31 March 2012

Assalamualaikum...apa kabar semua...mudah2an di ruangan ini dapat kita berkongsi pengalaman dan ilmu tentang kuih muih yang biasa kita buat....Insyaallah dapat kita mempertingkatkan lg ilmu yg ada...dan smoga beroleh yang terbaik drpd Allah...amin...

jumpa lg drpd saya...kak as